Kehadiran dalam zaman kini Dewa_Hanuman

Hanuman, sebagaimana digambarkan dalam Yakshagana, kesenian rakyat Karnataka yang popular.

Terdapat banyak tokoh yang mendakwa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya Madhvacharya (abad ke-13), Tulsidas (abad ke-16), Sri Ramdas Swami (abad ke-17), Raghavendra Swami (abad ke-17), dan Swami Ramdas (abad ke-20). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja Hikayat Ramayana dibaca.

यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।

yang membawa pengertian:

Bahawa di mana-mana sahaja perbuatan Sri Rama dinyanyikan,

Di semua tempat itulah yang akan Hanuman titiskan air mata kasih sayang dan kegembiraan,

Di semua tempat itulah yang akan kehadhirannya menghapuskan ketakutan terhadap syaitan.

Ini juga boleh didapati di dalam banyak teks yang lain seperti Vinaya Patrika oleh Tulsidas, Mahabharata oleh Ved Vyasa, Anand Ramayan, dan banyak teks yang lain, dengan sedikit perbezaan dalam bahasa/ayat. Juga di tempat-tempat yang upacara suci Ramayanpath diadakan, terdapat puja dan ruang (atau asan) khusus yang dikhaskan untuk Hanuman.

Adalah dipercayai bahawa dalam zaman Kali Yuga ini, terdapat tiga kuasa yang Jagrit, iaitu aktif daripada segi kesedaran:

  1. Shree ramdut Hanuman
  2. Maa Kali
  3. Shri Bhairav.

Ketiga-tiga kuasa itu adalah serupa. Bagaimanapun, fakta bahawa semasa salah satu puisi doha Shree Hanuman Chalisa, Maa Sita berkata, "Asth sidhi Nau nidhi ke data, as bar din Janaki Mata" (kuasa Dewi juga diberikan kepada Hanuman dan menyebabkannya menjadi Jagrit yang paling berkuasa antara semua).

Tenaga Hanuman tak Terhingga dan sebagai Tuan Marikh, (dengan salah satu contoh unggul merupakan darah di dalam badan manusia), gita puja yang berikut dibaca agar dilimpahi rahmat Hanuman:

" Laal Deh Lali lase, Arudhar Lal Langoor, Vajra deh danav dalan, jai jai jai kapi sur."